Perodua ada 200k tempahan tertangguh, sasar penuhi semuanya termasuk pendaftaran sebelum 31.03.2023

[ad_1]

Perodua telah mempunyai lebih 200,000 tempahan yang masih tertangguh (yang masih belum dipenuhi) dan menyasarkan untuk memenuhi semuanya menjelang suku pertama 2023. Ia adalah bagi menyelesaikan semua pendaftaran sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh kerajaan bagi kereta yang ditempah sebelum berakhirnya tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 30 Jun lalu.

Tarikh terakhir yang diberikan untuk pendaftaran semua kereta dengan pengecualian SST ialah pada 31 Mac 2023, seperti mana yang diumumkan sebelum ini. Pada hari terakhir pengecualian SST itu, Perodua telah menerima 25,100 tempahan daripada pelanggan yang mengambil peluang pada saat akhir ‘cuti SST’ itu, di mana ia adalah jumlah harian tertinggi yang pernah direkodkan oleh Perodua.

Presiden dan CEO Datuk Zainal Abidin Ahmad memberitahu pihak media pada minggu lalu, Perodua berkeupayaan mengeluarkan 28,000 unit kereta sebulan dan pada peringkat produksi, ia sepatutnya mampu memenuhi tempahan yang tertangguh yang diterima dalam tempoh pengecualian SST.

Dengan itu, bos besar Perodua ini juga yakin sasaran jualan 2022 sebanyak 247,800 unit (meningkat 30.2% berbanding 190,291 device kereta yang dihantar pada 2021) boleh dicapai, tambahan pula syarikat ini telah berjaya menyelesaikan isu kekurangan bekalan semikonduktor, laporan The Edge.

Bagi inflasi, ringgit yang lemah dan kenaikan kos bagi pengeluar, Perodua mengatakan bahawa ia akan mengekalkan harganya.

“Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, dari harga bahan mentah, keadaan ekonomi Malaysua, kuasa pembelian pembeli. Tiada peningkatan harga kami akan mengekalkan harga kami dan diharap kami mampu mengekalkannya sehingga hujung tahun ini,” kata Zainal.

Sambungnya lagi, “Setakat ini, peningkatan harga yang kami hadapi, kami cuba untuk menyerapkannya,” sambil mengesahkan pihaknya mempunyai langkah pengurangan kos untuk mengatasi isu kenaikan harga.

Kenaikan harga yang disebutkan ini bukanlah semakan harga dengan cukai jualan yang ditambah semula iaitu melibatkan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan. Sehingga 1 Julai, harga kereta Perodua meningkat antara RM723 dan RM4,674, atau antara 1.63% dan 6.38%.



[ad_2]

Resource url